‘Malaysia Baharu’ Harus Lebih Baik Dari Kerajaan Terdahulu, Kata Tun Mahathir

0
70

KUALA LUMPUR 8 Julai – Malaysia Baharu, label yang kini
popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan yang baharu
selepas pilihan raya umum 9 Mei sepatutnya “pastinya lebih baik” daripada
pentadbiran sebelum ini yang memerintah negara, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
“Malah, Malaysia Baharu adalah penambahbaikan terhadap
tempoh sepanjang saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun,” katanya dalam
temu bual dengan Investvine, portal berita perniagaan berpangkalan di Hong Kong
yang membuat liputan secara lebih khusus di Asia Tenggara, merujuk kepada
tempoh pertama kali beliau menjadi perdana menteri sehingga November 2003.
Dr Mahathir berkata Malaysia Baharu bermaksud kerajaan akan
kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak
rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“ Mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak suka kerajaan
sebelum ini, dan sudah tentu kami perlu mengambil tindakan pembetulan untuk
membawa negara kembali kepada organisasi terdahulu. Di masa lalu, kakitangan
awam, misalnya, tidak terbabit dalam politik, tetapi kehadiran mereka ialah
untuk melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan kerajaan dan tidak
sebagai anggota politik.
“Tetapi adalah agak ketara bahawa dalam tempoh 10 tahun
lepas atau sekitarnya, kakitangan awam sudah banyak berubah dengan mereka
dilihat secara terbuka berkempen bagi pihak kerajaan dan itu adalah salah. Ia
menjadikan mereka berat sebelah dan membuatkan mereka berusaha memastikan
kerajaan sebelum ini menang (pilihan raya), ada kalanya dengan melakukan perkara
yang salah, “ katanya.
Dalam temu bual oleh Pengarah Investvine Imran Saddique dan
korespondennya Firoz Abdul Hamid, perdana menteri turut menyentuh tentang
rasuah dalam perkhidmatan awam.
“ Mereka melihat peluang-peluang untuk membuat wang untuk
diri mereka sendiri dan tidak teragak-agak untuk tunduk kepada godaan itu.
Menyaksikan pemimpin kerajaan sendiri dituduh rasuah, kami mendapati banyak
daripada mereka terlibat kegiatan rasuah dan sudah tentu kami tidak boleh
benarkan orang-orang ini meneruskan itu kerana mengikut persepsi, etika mereka
terhadap perkara-perkara itu bukan apa yang diharapkan daripada penjawat awam,”
katanya.
Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan baharu tidak membalas
dendam dengan menyingkirkan mereka kerana apabila individu atau pegawai
seumpama itu terlibat dalam salahlaku, adalah salah untuk kerajaan terus
mengekalkan mereka.
“ Mereka yang bersih, mereka dikekalkan. Ada kalanya amat
sukar untuk menggantikan pegawai sedia ada kerana di bawah mereka juga terdapat
pegawai rasuah. Ada masanya kami perlu turun tiga atau empat langkah ke bawah
sebelum kami dapat jumpa pegawai yang tidak terlibat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jadi prosesnya akan memgambil masa kerana tanpa pemimpin
atau ketua kerajaan yang bersih, kami tidak akan dapat melakukan pembaharuan
dan menegakkan kedaulatan undang-undang,” kata Dr Mahathir.
Beliau turut mendedahkan bahawa kerajaan sedang
menyingkirkan “ agak banyak orang” hanya kerana mereka terlibat dan bukan
disebabkan penglibatan mereka sebagai anggota parti tetapi bagi kes-kes yang
mereka secara terbuka berkempen untuk parti pemerintah sebelum ini.
“Kami tidak boleh jangkakan mereka menjalankan tugas mereka
tanpa terjejas oleh kesetiaan mereka. Jadi itulah masalah utamanya dan oleh itu
pertama sekali kami perlu mendukung kedaulatan undang-undang dan sekali lagi
menerima pakai sistem tadbir urus demokratik,” katanya.
Ditanya bagaimana beliau merancang untuk mengubah budaya itu
dalam perkhidmatan awam, perdana menteri berkata ini akan mengambil masa kerana
seluruh sistem nilai rakyat telah diremehkan khususnya di bawah kerajaan
sebelum ini.
Perdana menteri turut memperkatakan tentang kerajaan sebelum
ini yang suka memberi wang kepada rakyat yang jelas kerana kemiskinan tetapi
malah mereka yang tidak miskin turut menjadi penerimanya.
“Malah setiap orang diberi wang percuma oleh kerajaan. Ini menjadikan
rakyat bergantung kepada kerajaan dan mereka tidak lagi bekerja untuk menjana
pendapatan. Mereka menjangkakan pendapatan mereka datang daripada kerajaan yang
telah merosakkan etika kerja mereka sehingga ke tahap mereka tidak lagi bekerja
bagi menjana pendapatan untuk hidup.
“ Mereka berpendapat bahawa walaupun mereka tidak bekerja,
kerajaan bertanggungjawab untuk menanggung mereka, dan ini sudah tentu amat
tidak baik kerana ini bermakna mereka tidak produktif,” katanya.
Dr Mahathir berkata jika keadaan itu berterusan, akhirnya
jumlah mereka yang produktif akan berkurangan dan mereka tidak dapat membayar
cukai yang diperlukan kerajaan untuk menampung “cara pentadbiran amat mewah
ini” yang memberikan hadiah percuma kepada rakyat.
“Jadi kami perlu mengubahnya dan pasti akan ada natijahnya,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau memberikan contoh wang diberikan kepada nelayan yang
dibayar setiap bulan sama ada mereka menangkap ikan atau tidak dan ini adalah
sesuatu yang kerajaan tidak mampu tampung kerana wang itu diambil daripada
kerajaan atau daripada sumber haram seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Seperti wang daripada 1MDB yang diambil oleh kerajaan dan
diberikan kepada rakyat. Kami tidak boleh lakukan itu kerana kami tidak ada
wang. Tetapi jika kami beritahu rakyat bahawa “maaf kami tidak boleh berikan
kepada anda apa yang anda sudah biasa terima’, ia tidak akan dapat diterima
dengan mudah kerana mereka akan kata ‘kerajaan sebelum ini lebih baik’. Tetapi
kami perlu beritahu mereka secara berhemah bahawa tidak mungkin kami akan beri
wang kecuali anda berkerja untuk meraih pendapatan,” katanya.
Ditanya adakah keseluruhan prestasi sistem pengurusan dalam
Jabatan Perkhidmatan Awam perlu disemak semula sebagai sebahagian usaha untuk
mengubah budaya itu, Dr Mahathir berkata beliau melihat kepada keperluan untuk
menaikkan pangkat penjawat awam lebih muda untuk menggantikan mereka yang
“teruk”.
“Mereka mungkin kurang pengalaman tetapi dengan diberi
latihan, mereka akan menjadi golongan baharu yang tidak tercemar dengan amalan
tidak baik di masa lalu,” katanya.- BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here