Connect with us

Berita Lain

Malaysia Lantik Firma Singapura Tuntut Wang 1MDB

PUTRAJAYA, 18 Julai — Kerajaan Malaysia telah melantik firma
guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu
dan syarikat bagi menuntut wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut sumber, Peguam Negara Tommy Thomas telah meluluskan
pelantikan firma guaman Tan Rajah & Cheah, awal minggu ini.
Menurut sumber itu, kerajaan Malaysia akan memfailkan
permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan bagi
mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber itu berkata Thomas telah mengadakan pertemuan dengan
Peguam Negara Singapura Lucien Wong baru-baru ini untuk memudahkan pemulangan
wang 1MDB yang telah dibekukan oleh pihak berkuasa Singapura.
Antara 53 defendan itu ialah ahli perniagaan Malaysia Low
Taek Jho atau Jho Low.
“Perintah mahkamah adalah perlu untuk mengeluarkan wang itu
kepada 1MDB atau Kerajaan Malaysia,” kata sumber itu.
Malaysia telah melantik peguam cara daripada Singapura untuk
memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili di
mahkamah Singapura.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan
berkata Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha
membawa balik wang dipercayai telah diselewengkan daripada 1MDB. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel