Connect with us

Berita Lain

Mana ada RM2.4 juta… – peguam Najib



PEGUAM Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menafikan kos guam bagi kes pecah amanah dan salah guna kuasa yang dihadapi anak guamnya itu, adalah sebanyak RM2.4 juta


Perkara itu dinafikan Muhammad Shafee, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, yang memaklumkan dalam sidang media pagi tadi, kos guaman Najib berjumlah RM2.4 juta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Tidak betul …kita belum membincangkan mengenai kos guaman lagi,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.


Terdahulu, Lokman ketika ditemui media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta berkata, pihaknya akan meneruskan kutipan dana bagi membantu Najib membayar kos guaman yang dianggarkan berjumlah RM2.4 juta.


“Tabung berkenaan diwujudkan selepas menyedari Najib dalam rayuan ikat jamin mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, Rabu lalu


“Setakat ini, Tabung Solidariti Bebaskan Najib Razak berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 bagi membayar baki wang jamin dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Najib,” katanya.


Terdahulu, dua anak Najib iaitu Nooryana Najwa dan Norashman membayar baki ikat jamin bapa mereka berjumlah RM500,000 di kaunter pembayaran ikat jamin.


Norashman dan Nooryana tiba di Kompleks Mahkamah di sini, tepat jam 10.14 pagi dengan ditemani suaminya, Daniyar Kesikkba.


Sementara itu, Lokman mendakwa, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik anak Najib adalah tidak wajar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, pembekuan akaun seseorang hanya boleh dilakukan sekiranya mereka terbabit dalam aktiviti keganasan, pengubahan wang haram atau ahli kongsi gelap


“Kalau SPRM mahu membekukan akaun seseorang, mereka seharusnya sudah menjalankan siasatan secara terperinci, malah SPRM turut bertindak membekukan akaun anak sulung Najib, Puteri Norlisa yang kini menghidap kanser.


“Pembekukan akaun bank itu menyebabkan beliau ( Puteri Norlisa) tidak boleh menjalani rawatan kimoterapi dan tindakan itu membebankannya,” katanya.


Lokman berkata, tindakan membekukan akaun berkenaan di samping akaun UMNO Pekan, Pahang adalah berniat jahat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel