Connect with us

Berita Lain

Mangsa Maut ‘Pelik’ Sebelum Kemalangan – Kakak

KUALA LUMPUR: “Saya mungkin tidak tidur di rumah kakak lagi,
saya akan tidur di tempat lain, di mana-mana,” demikian kata-kata terakhir
seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Km 445 Lebuhraya Utara-Selatan di
sini pada Sabtu kepada kakaknya sebelum terlibat dalam kejadian pada tengah
hari tadi.
Noor Bunga Mawarraya Mohamad 
Noor, 50, berkata arwah adiknya Noorakhirludin Alam, 48, yang berasal
dari Pulau Pinang kebiasaannya akan tidur di rumahnya di Jalan Peel, Kuala
Lumpur setiap kali ke ibu negara untuk melawat kedua-dua anaknya yang sedang
melanjutkan pelajaran di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi saya berasa pelik apabila secara tiba-tiba arwah
berkata demikian ketika saya menghubunginya sebelum terkorban dalam kemalangan
tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui Bernama di rumah mayat Hospital
Sungai Buloh, Sabtu.
Beliau berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari
Pulau Pinang untuk melawat anak perempuannya yang berusia 15 tahun dan
bersekolah asrama penuh di Cyberjaya serta seorang anak lelakinya, 14, yang
sedang belajar di Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) di Bangi.
Katanya selain adiknya, turut sama dalam kenderaan jenis
Vellfire itu ialah adik iparnya yang dikenali sebagai Maskiah, 40-an, mengalami
cedera ringan serta anak bongsu mereka, Ezzudin, 11, yang kini sedang dirawat
di unit rawatan rapi (ICU) kerana cedera parah akibat kemalangan itu.
Jenazah Noor Akhirludin Alam, yang juga seorang pengurus
kanan sebuah syarikat swasta dan bapa empat anak itu akan dibawa pulang untuk
dikebumikan di Pulau Pinang selepas selesai urusan di hospital berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, empat maut,
seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan
membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler di Km 445 Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) melibatkan kedua-dua arah.
Tiga lagi mangsa yang terkorban masing-masing berusia 24
tahun dan menaiki kenderaan jenis Perodua Alza dikenali sebagai Nur Fitrah
Rosman dari Ipoh, Nurbaya Mohd Zaki dari Sungai Petani, Kedah serta Mohammad
Hafiz Shahrul Jefri Din dari Teluk Intan Perak.
Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang menghala ke
arah utara terbabas sebelum memasuki 
lorong bertentangan ke arah selatan lalu melanggar kenderaan di laluan
berkenaan.- Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel