Connect with us

Berita Lain

Menteri Kewangan laksana banyak tugas tau!


KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan menjalankan banyak tugas dalam portfolionya dan tidak terhad kepada hanya satu aspek dalam kementerian, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyatakan tugas Menteri Kewangan telah berkurangan kepada hanya penyimpan kira-kira, Lim berkata: “Jika beliau mahu mengatakan saya penyimpan kira-kira, kerana saya seorang akauntan, saya ok dengan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Tetapi, saya juga bertanggungjawab ke atas Jabatan Kastam Diraja Malaysia, jadi saya juga orang Kastam.

“Saya juga bertanggungjawab ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya juga pengutip cukai. Saya juga bertanggungjawab ke atas agensi lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

“Beliau berhak ke atas pendapatnya, dan Wee Ka Siong tidak pernah mempunyai tanggungjawab ke atas Kementerian Kewangan,” kata Lim.

Dalam perkembangan lain, Lim mengulas mengenai surat yang didakwa ditulis oleh unit risikan kerajaan sebelum ini kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang kononnya meminta Amerika Syarikat memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak diberi perhatian sewajarnya.

“Ini merupakan tindakan yang amat drastik kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

“Surat yang ditulis oleh seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri kepada CIA untuk meminta  bantuan akan mempelawa campur tangan dalam hal ehwal dalam negara daripada sebuah kuasa asing.

“Ini menimbulkan banyak persoalan mengenai surat ini, (tentang) bagaimana surat ini boleh dikeluarkan, atas arahan siapa dan bolehkah seorang pegawai membuat surat sedemikian tanpa arahan daripada atasan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Saya rasa ini satu isu yang perlu disiasat dengan teliti kerana ia menyentuh  kedaulatan negara dan berharap  siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan kerana ia isu penting,” katanya.

 Pada masa sama, Lim juga berkata kerajaan ingin tahu sama ada surat sedemikian turut dihantar ke negara lain.

“Sekarang  kita tahu ada surat, adakah terdapat surat lain?

“Mereka (pembangkang) mendakwa kita meminta bantuan daripada negara asing…tidak. Sebenarnya, mereka (pembangkang) yang minta bantuan,” katanya.

Lim menegaskan perkara itu perlu diberi perhatian dan disiasat dengan terperinci. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel