Connect with us

Berita Lain

Mesra… Rosmah Suapkan Kek Kepada Najib Di Parlimen

Walaupun sibuk di Parlimen, namun Datuk Seri Najib Razak
turut meluangkan masa untuk menghadiri ‘kejutan’ sempena sambutan hari lahirnya
ke-65 hari ini.
Sambutan sederhana itu dihadiri oleh isterinya Rosmah
Mansor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa anggota
parlimen BN.
Menurut laporan Malaysiakini, turut serta dalam acara itu juga ialah pelakon dan pengarah
Ellie Suriati Omar serta bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Anina Saadudin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebuah kek dengan logo 1Malaysia serta tulisan “Thank You
Sir Datuk Seri Najib Razak” juga dihidangkan.
Sebelum acara memotong kek, hadirin terlebih dahulu
menyanyikan lagu ‘Selamat hari lahir’ kepada Najib.
Rosmah kemudian turut menyuapkan sepotong kek kepada Najib.
Selepas itu, Najib kemudian didendangkan dengan sebuah lagu
serta muzik video yang bertajuk ‘TQ Sir’ yang dihasilkan bagi menghargai jasa
bekas perdana menteri berkenaan.
“Saya tak sangka ada sebuah video dengan seni kata yang
mencuit hati saya.
“Saya anggap ini sebagai satu usaha bukan bagi diri saya
tetap pengiktirafan atas segala yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini
terutamanya Dasar Transformasi Nasional,” kata Najib ketika diminta
memberikan ucapan sempena sambutan hari lahir anjuran syarikat produksi
Metamorphosis Global Studi Sdn Bhd itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Bagi Rosmah pula, beliau pula memberitahu bahawa seluruh
ahli keluarganya amat menyayangi Najib serta menegaskan bahawa beliau merupakan
seorang lelaki yang jujur.
“Saya ucapkan agar semua yang terbaik untuk dirinya dan
untuk keluarga kami juga.
“Saya juga mahu anda semua tahu bahawa keluarganya amat
menyayangi beliau dan dia adalah seorang lelaki yang sangat jujur dan dia
berada di jalan yang betul,” ujar Rosmah.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis Pahang
dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein serta Toh Puan Rahah
Mohammad Noah.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel