Connect with us

Berita Lain

MOM Guna Pesawat Khas Bawa Atlet Sukan Asia

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Memandangkan hampir 600 atlet dan
pegawai akan mewakili negara ke Sukan Asia Indonesia 2018 dari 18 Ogos hingga 2
Sept ini, maka Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempunyai tugas yang amat mencabar
untuk membawa mereka ke negara jiran itu.
Penyertaan 447 atlet Malaysia pada Sukan Asia ke-18 itu
merupakan penglibatan kontinjen terbesar Malaysia setakat ini ke temasya sukan
serantau itu, termasuk berbanding penyertaan 333 atlet negara pada Sukan Asia
2010 di Guangzhou, China.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kumpulan paling besar dijangka menuju ke Jakarta, ibu negara
Indonesia, tempat dijadualkan berlangsungnya upacara perasmian dan penutupan,
di samping acara pertandingan olahraga, badminton, terjun, renang, hoki dan
skuasy, manakala Palembang dan beberapa bandar raya di Jawa Barat pula akan
menjadi tuan rumah pelbagai pertandingan lain.
“Kami sedang menguruskan dan berunding tentang penerbangan
sewa khas dengan rakan penaja kami, AirAsia. Butiran terperinci (tentang atlet)
belum diumumkan, tetapi mungkin (kontinjen) terbesar akan pergi ke Jakarta
nanti .
“Kebanyakan atlet mungkin berlepas pada 16 dan 17 Ogos untuk
menghadiri upacara pembukaan pada 18 Ogos,” kata Setiausaha Agung MOM Datuk
Mohd Nazifuddin Najib kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Nazifuddin mengingatkan atlet negara
supaya memberi keutamaan sepenuhnya dan mempamerkan prestasi terbaik
masing-masing apabila beraksi pada Sukan Asia kerana ia merupakan pertandingan
bertaraf paling tinggi di rantau ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Memandangkan kedudukan Indonesia amat dekat dengan
Malaysia, kami harap para atlet dapat bersaing dengan selesa dan mencapai
kejayaan besar. Tidak ada alasan untuk menyalahkan cuaca atau perbezaan dari
segi makanan. Sukan ini juga menjadi medan yang akan menentukan masa depan
sesetengah atlet kami, terutama anggota bersekutu kami seperti luncur layar,
perlumbaan kanu dan perahu naga.
“Kami harap mereka akan mempamerkan prestasi cemerlang,
tidak semestinya memenangi pingat, tetapi menyerlahkan kehadiran kami di rantau
ini. Di peringkat Sukan Asia, menduduki antara tempat kelima teratas sudah merupakan
suatu kejayaan besar,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel