Connect with us

Berita Lain

Musa, pulang segera ke Malaysia – Azis



BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dinasihat memberi kerjasama dengan segera pulang ke Malaysia bagi membantu kes siasatan pihak berkuasa di negara ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata rakyat di Sabah mahu melihat satu tindakan drastik diambil terhadap bekas pemimpin itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Beliau (Musa) selalu cakap bahawa dia (Musa) tidak bersalah, kalau dia tidak bersalah datanglah beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat dan kalau tidak salah jangan takut,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan kerjanya ke Balai Polis Daerah Tawau, Tawau, hari ini.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahu langkah seterusnya yang perlu diambil membabitkan kes Musa.


“We leave it to them, they know what to do (Kita serahkan kepada mereka, mereka tahu apa yang perlu dilakukan), kalau beliau (Musa) tidak balik, kita (polis) perlu ke sana,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Musa kini berada dalam senarai dikehendaki selepas pihaknya menyerahkan notis merah kepada polis antarabangsa (Interpol)


Selain itu, pihaknya memaklumkan pihak berkuasa United Kingdom mengenai Musa yang dipercayai berada di situ, sejak 16 Mei lepas.


Musa dikehendaki berikutan laporan polis Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kepadanya yang kini dalam siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.


Sementara itu, Azis berkata, adalah penting kerajaan sekarang memberi perhatian kepada kebajikan serta pembangunan kemudahan asas seperti perumahan untuk anggota polis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Ini selepas meninjau balai polis di sekitar Kota Kinabalu, Semporna dan Tawau, banyak saya tengok perkara yang turut perlu diberi perhatian daripada kerajaan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Azis berkata, pemimpin kerajaan serta penganjur sesebuah program perlu sensitif dan peka berkaitan hal agama bagi khalayak yang hadir dalam sesebuah majlis.


“Perkara ini akan saya bawa kepada pengetahuan peringkat tertinggi, supaya wakil rakyat juga peka dengan isu sensitif agama,” katanya termasuk berkaitan hidangan makanan atau masa program tidak bersesuaian dengan solat Jumaat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel