Connect with us

Berita Lain

Najib Berjaya Batal Saman Berhubung Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan
permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan saman bekas Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung angkat
sumpah jawatan perdana menteri  pada 2009
yang didakwa tidak mengikut Perlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu di
dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nur Shafiqa Balqish Jaffri, mewakili
Najib dan peguam Adenan Ismail mewakili Mat Zain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Nur Shafiqa ketika ditemui pemberita berkata mahkamah
membenarkan permohonan anak guamnya selepas mendapati saman difailkan plaintif
(Mat Zain) bersifat akademik, remeh dan membazir masa mahkamah.
“Kejadian (angkat sumpah) yang berlaku adalah pada
2009. Oleh itu,  saman plaintif (Mat
Zain) tidak relevan berikutan Najib kini bukan lagi perdana menteri,”
katanya.
Nur Shafiqa berkata mahkamah turut membatalkan saman
plaintif dan memerintahkannya membayar kos RM5,000 kepada defendan (Najib).
Najib memohon untuk membatalkan saman itu atas alasan Mat
Zain tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 23 Mac lalu, Mat Zain, 68, memfailkan saman itu dengan
menamakan Najib sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Mat Zain mendakwa bahawa upacara
Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia yang dibuat Najib pada 3 April 2009 adalah
tidak mengikut Perlembagaan dan dengan itu upacara tersebut adalah tidak sah
dan terbatal.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa defendan tidak
berkelayakan menjadi seorang perdana menteri atau menteri kewangan sejak 3
April 2009 selain mendakwa defendan juga menukar keseluruhan bentuk dan maksud
asal Sumpah Jawatan dan Setia itu semasa upacara mengangkat sunpah.
Turut dipohon relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel