Connect with us

Berita Lain

Najib Ditahan SPRM Hari Ini, Bakal Hadapi Pelbagai Tuduhan Esok



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri
Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir
ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas
Presiden UMNO itu.
Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan
ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau
terus ditahan, Mohd Shukri berkata, terus ditahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan
Najib dalam perjalanan),” katanya ketika dhubungi Astro AWANI di sini pada
Selasa.
Sementara Pasukan Petugas Pasukan Petugas Khas (Task Force)
1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap  Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang
berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30
pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.



Advertisement
Memetik portal Malaysiakini, Najib bakal
berdepan dengan banyak tuduhan di mahkamah esok.
Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, pada
23 Jun lalu, telah memberi jaminan tangkapan berkaitan kes SRC International
akan dibuat tidak lama lagi.
Beliau juga memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan
pihak berkuasa daripada Amerika Syarikat, Britain, Belgium, Luxembourg dan
Switzerland berkenaan siasatan kes ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Siasatan turut melibatkan pertemuan SPRM dengan seorang putera
dari Arab Saudi pada 2015, yang didakwa memberi sumbangan RM2.6 billion kepada
Najib.
Bagaimanapun putera berkenaan gagal mengemukakan sebarang
bukti derma.
Mohd Shukri turut menyatakan siasatan berkaitan SRC
International ini sudah disiapkan dan wujud persamaan dengan hasil siasatan
yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
DoJ juga sudah melancarkan siasatan jenayah dan saman sivil
pada 15 Jun tahun lalu bagi mendapatkan semula AS$1.7 bilion aset yang didakwa
dibeli mengunakan wang 1MDB.
Bagaimanapun Najib sebelumi ini menafikan sebarang salah
guna kuasa atau penyelewengan semasa menjadi Perdana Menteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel