Connect with us

Berita Lain

Najib Kesal Kesetiaan Hanya Ketika Berkuasa

Datuk Seri Najib Razak menasihati mana-mana anggota Umno
yang enggan atau tidak berani berkorban mempertahankan pertubuhan itu supaya
meninggalkan parti berkenaan dengan segera.
Beliau yang sebelum ini menjadi presiden ketujuh Umno
berkata parti itu tidak memerlukan individu yang berpaling tadah, atau
menunjukkan kesetiaan apabila ia menguntungkan diri sendiri.
“Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan
kesetiaanya, tapi kesetiaan itu waktu kita berkuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera Umno
dipijak-pijaknya.
“Orang begini memang lebih baik dia keluar Umno. Kita
hanya nak orang yang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno,”
katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Kata Najib, untuk golongan yang tersebut, sokongan mereka
hanya diberikan ketika parti berada di tampuk kuasa, namun ia hilang sebaik
sahaja pemimpin itu jatuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Walaupun tidak secara jelas merujuk kepada sesiapa namun apa
yang berlaku difahami terjadi terhadap dirinya kini.
“Dalam politik, ada menyokong apabila dia dapat
sesuatu, ada menyokong pada waktu kita senang tetapi ramai daripada kita lebih
mementingkan apa yang kita dapat.
“Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri sehingga
kita tak dapat apa kehendak kita. Kita sanggup belakangkan parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Malah ada juga kelakuan seperti mengugut parti kita,
tapi yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti,”
katanya.
Najib yang juga bekas perdana menteri terpaksa melepaskan
jawatan presiden Umno selepas parti itu gagal mempertahankan kuasa mereka sejak
61 tahun memerintah negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.
Mengulas lanjut, Najib yang juga anggota parlimen Pekan
berkata dengan apa yang berlaku itu beliau tidak hairan ada dikalangan pemimpin
Umno turut sama menyerang parti dianggap penyokongnya sebagai keramat itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau inilah perangainya maka tak hairanlah apabila
pembangkang menggasak kita, orang melihat Umno ini dalam satu keadaan di mana
kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan.
“Biarlah kita benar-benar ikhlas, setia dan kasih pada
perjuangan Umno, barulah ada cahaya di hujung terowong,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel