Connect with us

Berita Lain

Najib Minta Saya Kata Dia Tak Lakukan Sebarang Kesalahan – Zeti


Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak
dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib
sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.
“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah.
Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke
akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam
selepas penangkapan Najib.
Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau
dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa
dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.
“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh
mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang
pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya,” katanya.
Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan,
juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang
sama.
Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam
satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti
menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada
bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya,
mereka patut beritahu saya.
“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada
masalah,” katanya dalam wawancara itu.
Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan
sebarang amaran, Najib menjawab: “Tidak, tiada maklum balas daripada Bank
Negara. Saya sangka semuanya baik.”



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel