Connect with us

Berita Lain

Najib Mohon Tarik Balik Saman Terhadap Tony Pua

Foto: mStar Online

Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan
26 Julai bagi mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menarik balik
saman terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).
Peguam Datuk Ahmad Hafarizam Harun yang mewakili Najib
ketika ditemui berkata, Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu
selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamarnya di sini.
Manakala Tony Pua diwakili peguam Tan Ch’Eng Leong.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Berita Harian, Peguam kepada Najib berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan
daripada mahkamah sama ada pihaknya boleh menarik balik saman sedangkan Pua
sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu kes saman
oleh Najib.
Beliau berkata lagi, Tony Pua sebagai defendan juga telah membantah
pihaknya untuk menarik balik kes saman itu.
Najib sebelum ini sudah memperoleh perintah injuksi
menghalang Pua daripada menerbitkan sebarang fitnah membabitkan kenyataan dan
klip video berhubung RUU355.
Sebelum ini Najib bertindak atas kapasiti peribadi memfailkan saman
itu dengan menamakan Pua sebagai defendan dan m
elalui pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Pua pada 6
April 2017, ada memuat naik rakaman Live Video (video langsung) mengandungi
pernyataan fitnah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pua dikatakan telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen
yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua
bertajuk BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private
Member’s Bill.
Kenyataan itu, menurut Najib, adalah fitnah terhadap
jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bermaksud beliau
menyalahgunakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker
Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan
mengenepikan rang undang-undang lain.
Najib berkata, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan
doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi
Melayu dalam kalangan pembangkang.

– Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel