Connect with us

Berita Lain

Najib: Ramai Hadir Himpunan Ummah Bukti Sokongan Kepada PH Merosot

Najib Razak – Foto: Berita Harian

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Kejadiran peserta yang ramai dalam satu Himpunan Kebangkitan Ummah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pagi tadi adalah
petanda sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) semakin merosot selepas
pilihan raya umum 9 Mei lalu.
“Apa yang berlaku dalam negara kita selepas 9 Mei mengancam
kedudukan dan masa depan agama Islam dan orang Melayu serta institusi yang
berkait rapat dengan kepentingannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maka, mereka dengan sendiri bangkit dan menunjukkan
kemarahan bahawa perkara ini amat tidak disenangi, ia juga petanda sokongan
rakyat semakin menurun pada PH,” katanya ketika membantu kempen Barisan
Nasional (BN) di Kampung Jalan Kebun, seperti dilapor FMT.

Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri padang
Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, pagi tadi, bagi menyertai Himpunan
Kebangkitan Ummah yang bertemakan “Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu
Terancam”.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki bersalaman dengan orang ramai pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang
Kelab Sultan Sulaiman hari ini. Foto: Media UMNO
Selain badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna Islam
Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa, beberapa
pemimpin Umno serta PAS turut hadir, termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf
Wajdi Dusuki, calon BN di PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam, Setiausaha
Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Mereka membantah tindakan mempertikaikan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata, bekas penasihat sosio-budaya kerajaan, Tan
Sri Rais Yatim perlu menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap pelaksanaan
UEC atau kredibilitinya sebagai pejuang bahasa Kebangsaan akan dipertikaikan.
“Rais memang pejuang bahasa dan dia melihat kedudukan bahasa
kebangsaan dipinggirkan, diabaikan dan tidak dipedulikan, ini sesuatu yang
tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
“Sebagai pejuang bahasa, berdasarkan Perlembagaan negara,
kedudukan bahasa itu jelas, maka kredibiliti beliau akan dipersoalkan kalau
tidak hadir atau menyuarakan secara terbuka.”


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel