Connect with us

Berita Lain

Naufal Dah Tak Ada… Al-Fatihah


MUAR: Bayi lelaki berusia 10 bulan yang parah di kepala
dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari
dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 9 pagi
ini.
Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, yang memaklumkan perkara itu
melalui aplikasi WhatsApp, berkata Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu
telah pulang ke rahmatullah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak
saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9
pagi tadi,” katanya hari ini.
Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita
berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai
diserang sawan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama
dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta
keretakan tempurung kepala.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Susulan daripada itu, Khamis lalu polis menahan pengasuh
terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak
2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga
10 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel