Connect with us

Berita Lain

NGO buat laporan polis terhadap PM dan KP SPRM

 LOKMAN pada perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, di Kuala Lumpur, semalam. FOTO Halim Salleh



PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) Pemantau Malaysia Baru tampil membuat dua laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, semalam.


Laporan itu dibuat secara berasingan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, laporan itu dibuat untuk menggesa satu siasatan dilakukan terhadap kedua-dua individu berkenaan kerana didakwa terbabit melakukan fitnah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengamalkan politik dendam.


Katanya, laporan pertama dibuat terhadap Shukri selepas tindakan beliau membekukan akaun keluarga Najib yang dilihat mempunyai unsur membalas dendam.


“€œLangsung tidak munasabah tindakan membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib, iaitu Adam Razak, yang baru berusia 10 bulan.


“€œKita syaki tindakan Datuk Seri Mohd Shukri ini dibuat untuk membalas dendam berdasarkan apa yang dikatakan oleh beliau dalam sidang media di awal pelantikannya.


“€œSelain itu, kita juga syaki tindakan membekukan akaun ahli keluarga Najib yang lain seperti anak Najib adalah untuk menggagalkan usaha membayar separuh lagi wang jaminan Isnin ini,”€ katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, di Kuala Lumpur, semalam.


Perhimpunan itu turut disertai hampir 50 individu terdiri daripada ahli NGO dan penyokong Najib.


Lokman berkata, laporan terhadap Tun Dr Mahathir pula dibuat di atas tindakan beliau sejak tiga tahun lalu yang memfitnah dan menuduh Najib mencuri wang berjumlah RM2.6 billion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Fitnah ini kemudian dipercayai oleh rakyat Malaysia yang kemudian mengambil keputusan untuk mengundi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


“Saya amat terkejut apabila pendakwaan Rabu lalu terhadap Najib langsung tidak menyentuh mengenai RM2.6 billion ini.


“Maka, saya gesa polis segera melakukan siasatan berdasarkan dua laporan yang dibuat ini, seterusnya membubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya semula kerana kerajaan yang dipilih pada pilihan raya lalu adalah berdasarkan fitnah,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel