Connect with us

Berita Lain

Pas persoal tindakan gugur semakan semula Pulau Batu Puteh



KUALA LUMPUR – Pas mempersoalkan tindakan kerajaan menggugurkan semakan semula kes Pulau Batu Puteh tanpa alasan yang konkrit.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzah Hashim berkata, banyak persoalan lain yang perlu diberikan penjelasan oleh kerajaan selain tindakan pengguguran tersebut dibuat secara tergesa-gesa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, penjelasan kepada persoalan itu penting kerana tidak mahu peristiwa kehilangan Pulau Batu Puteh akibat kecuaian kerajaan berulang.


“Kehilangan Pulau Batu Puteh yang menjadi lubuk emas untuk para Nelayan Malaysia menangkap ikan suatu ketika dahulu amat dikesali.


“Walaupun kita menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kerajaan tidak boleh memandang remeh terhadap wilayah milik Malaysia kerana pihak luar sentiasa bersedia untuk mengambil kesempatan atas kealpaan ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.


Sebelum ini, Malaysia menarik diri daripada semakan keputusan ICJ  melibatkan Pulau Batu Puteh atas alasan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang bertanggungjawab untuk semakan tersebut telah diarahkan bercuti dan pada masa sama tindakan segera perlu dibuat bagi menentukan hala tuju kes.


Selain itu, keputusan pengguguran itu juga dikatakan mengambil kira pandangan dan nasihat yang diberikan oleh peguam antarabangsa dan tempatan termasuk melibatkan kepentingan lain termasuk kes prosiding.
Sehubungan itu, Ahmad Amzah mengajukan lima soalan kepada kerajaan menuntut perjelasan segera.


“Pertama, apakah pendirian rasmi kerajaan terhadap penemuan fakta baharu pada ogos 2016. Kedua, mengapa tindakan menarik balik semakan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melalui konsultasi bersama bekas peguam negara.


“Kerajaan juga perlu menjawab apakah kandungan pandangan bertulis kolektif yang telah diberikan oleh peguam antarabangsa yang telah dilantik sehingga menyebabkan kerajaan mengambil jeputusan tersebut.


“Keempat, apakah rundingan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) pada 2009,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ahmad Amzah berkata, beliau juga menuntu penjelasan adakah kerajaan akan merangka suatu persempadanan maritim yang jelas terhadap pertindihan wilayah perairan Batu Tengah dan Tubir Selatan yang jadi milik Malaysia dengan Batu Puteh yang menjadi milik Singapura.


“Demi terus menjaga kedaulatan negara pada masa hadapan, kerajaan dituntut menjelaskan kepada rakyat maklumat tepat berhubung penarikan semakan semula kes Batu Puteh ini,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel