Connect with us

Berita Lain

Pemain import Pahang diserang, cedera dipukul kayu

Pemain import pasukan bola sepak Pahang cedera diserang dua
lelaki ketika bercuti di Pulau Perhentian malam semalam.
Patrick dos Santos Cruz, 25, luka di kepala manakala
adiknya, 20-an, cedera di tangan akibat dipukul dua lelaki tempatan menggunakan
kayu, lapor Berita Harian.

Memetik sumber, kejadian tersebut berlaku selepas mereka
bertengkar dengan suspek ketika bersantai di sebuah kafe sekitar jam 11 malam.

Kedua-dua beradik kemudian dibawa ke klinik sebelum dirujuk
ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
“Polis juga sudah menahan dua suspek terbabit selepas
menerima laporan kejadian,” kata sumber tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi
mengesahkan menerima laporan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel