Connect with us

Berita Lain

Pembubaran Mara Hanya Spekulasi

KOTA BHARU – Isu pembubaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)
hanya spekulasi pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan
terhadap dakwaan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang
dikatakan mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd Radzi Md Jidin
berkata, setakat ini kabinet masih belum membincangkan sebarang perkara
berhubung status Mara dan cakap-cakap mengenai pembubaran agensi berkenaan
hanya tular di media sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan belum memutuskan (mengenai Mara) dan ia hanya
spekulasi yang berlegar di media sosial. Kita tunggu keputusan Perdana Menteri
(Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pucuk pimpinan di mana kedudukan Mara.
“Jika ia tak sesuai, ia boleh dibincangkan namun perlu
diingatkan ada akta khusus mengenai Mara dan jika ingin dibubarkan, ia akan
mengambil masa yang panjang (dan tidak semestinya berlaku),” katanya.
Mohd Radzi berkata demikian kepada pemberita pada majlis
kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai timbalan menteri anjuran Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Ketereh di Perol di sini, hari ini.
Ditanya mengenai Himpunan Kebangkitan Ummah yang berlangsung
di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur hari ini yang
didakwa bertujuan bagi membela masyarakat Melayu yang dilihat terancam selepas
kemenangan PH pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14), beliau berkata naratif itu
sengaja direka-reka oleh pembangkang bagi meraih sokongan masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Isu hak keistimewaan bangsa Melayu (yang akan terhakis
jika PH menang) adalah naratif UMNO sebelum PRU14 lagi. Apabila PH menang
mereka ketandusan idea untuk serang dasar kita jadi cara paling mudah adalah
menakut-nakutkan orang Melayu.
“Untuk beri justifikasi maka mereka memainkan naratif
agenda Melayu terhapus dalam PH padahal ia jauh sekali. Saya berharap rakyat
tidak termakan dengan cerita-cerita sebegini,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel