Connect with us

Berita Lain

Pemilihan PKR: Shamsul Sokong Gandingan Anwar-Azmin


Bahang pemilihan PKR semakin terasa apabila seorang lagi
pemimpinnya menyatakan sokongan terbuka terhadap calon bagi jawatan tertinggi
parti itu.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau
menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden, manakala Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalannya.
Kata Shamsul, pengalaman luas Anwar dalam kerajaan dan
pernah dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik Asia, cukup untuk melayakkan
beliau memegang jawatan itu.
“Sebagai pelopor gerakan reformasi, amat wajar Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin KEADILAN (PKR) demi memastikan agenda
reformasi dapat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun sebagai presiden, Shamsul berkata Anwar memerlukan
gandingan yang saling melengkapi dan Azmin adalah individu yang layak.
“Kesetiaan ditonjolkan oleh Datuk Seri Azmin Ali
terhadap perjuangan reformasi tidak boleh dipersoalkan.
“Beliau tidak pernah lari daripada perjuangan
reformasi. Melalui perjuangan reformasi, beliau telah diangkat sebagai Menteri
Besar Selangor dan telah memimpin Selangor ke arah kecemerlangan melalui
Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan Smart Selangor.

“Kini beliau diamanahkan sebagai menteri Hal Ehwal
Ekonomi, satu portfolio yang kanan dan amat penting dalam pentadbiran di bawah
Pakatan Harapan,” kata Shamsul.
Menurutnya, pengalaman luas kedua-dua pemimpin ini pastinya
akan memberikan nilai tambah kepada PKR sebagai ‘parti terkuat’ kerajaan.
Ini juga bagi melaksanakan agenda reformasi sebagai asas
kepada pembentukan dasar kerajaan Pakatan Harapan apabila Anwar mengambil alih
tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kelak.
“Masanya sudah tiba untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim
memimpin parti sebagai presiden.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bapa Reformasi perlu diletakkan di tempat yang
sewajarnya. Gandingan mantap Anwar dan Azmin pastinya akan digeruni oleh pihak
pembangkang dengan ketumbukan padu ini,” jelasnya.
Pemilihan PKR akan diadakan pada 24 Ogos depan dan akan
berlangsung selama sembilan minggu, manakala keputusan dijangka akan diumumkan
pada November.
Setakat ini Azmin belum mengesahkan secara rasmi sama ada
beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya kini.
Pada masa sama terdapat spekulasi bahawa beliau akan
mencabar Anwar bagi jawatan nombor satu dalam parti itu. Bagaimanapun, perkara
itu dinafikan setiausaha politiknya baru-baru ini.
Jika Azmin mempertahankan kedudukan sebagai timbalan, beliau
dijangka berdepan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang telah mengesahkan akan
bertanding merebut jawatan berkenaan.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi pemimpin
pertama parti itu yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Rafizi.



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel