Connect with us

Berita Lain

Penyokong Berjaya Kumpul Lebih RM500,000 Untuk Bayar Ikat Jamin Najib

Penyokong Umno dijangka menyerahkan sekurang-kurangnya
RM300,000 kepada Datuk Seri Najib Razak esok bagi membantu membayar wang ikat
jamin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan
Rafii, yang menyelaraskan Tabung Solidariti Najib, berkata wang itu akan
diserahkan di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Razlan, dalam mesej yang disampaikan kepada penyokongnya menyeru
mereka untuk hadir di kediaman Najib pagi esok, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambahnya, sehingga hari ini sejumlah RM310,245 telah
berjaya dikumpulkan.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM88,111 diperoleh secara
tunai manakala RM222,134 lagi disalur menerusi akaun bank.
Bagaimanapun, Razlan menambah jumlah keseluruhan hanya akan
diketahui esok.
Sementara itu, Bernama melaporkan Wanita Umno berjaya
mengumpulkan RM261,286 untuk membayar wang ikat jamin tersebut.
Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan,
berkata sayap wanita itu menyerahkan wang serta dua utas gelang kepada Najib
hari ini.
“Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan
yang dilakukan anggota Wanita Umno untuk membantu Datuk Seri Najib,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib pada Rabu didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana
SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.
Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak
RM1 juta.
Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan
perlu membayar baki RM500,000 esok.
Peguam utama, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini
menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas
presiden Umno itu telah dibekukan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel