Connect with us

Berita Lain

Pesanan Buat Kabinet Baru


Alhamdulillah,syukur hampir keseluruhan menteri kabinet
telah dilantik. Kita mengucapkan tahniah dan berdoa agar mereka semua dapat
menjalankan amanah yang diberikan. Harap mereka sentiasa merasakan bahawa
mereka memikul tanggungjawab yang besar.
Sepertimana rakyat dahulu mahu menteri-menteri lepas yang
telah dijatuhkan itu bersikap amanah, telus dan punyai urustadbir yang baik,
demikian rakyat mahu daripada mereka hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bahkan lebih besar harapan rakyat iaitu untuk melihat satu
sistem pentadbiran yang teguh dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
Rakyat bukan ingin melihat gaya hidup mewah dan istimewa
menteri. Rakyat ingin menikmati urustadbir yang baik dan amanah hasil
kepimpinan menteri yang berkualiti.
Berhati-hatilah, kerana jawatan yang besar sering membawa
manusia sombong dan lupa diri walaupun bagus pada hari-hari awal mereka
memegangnya.
Jangan lupa, rakyat Malaysia pernah menjatuhkan kuasa yang
begitu kuat sebelum ini, maka tidak mustahil mereka dengan lebih mudah
menjatuhkan kuasa yang selepas itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Adapun kita sekelian rakyat Malaysia, marilah kita menjadi
penyumbang kepada kekuatan negara kita dengan kadar semampunya.
Kita menjadi pengkritik yang membina dan kita terus peka
kepada salah tadbir urus dan ketidaktelusan jika berlaku dalam pentadbiran
kerajaan kita.
Ini negara kita. Kita sayangkan watan dan rakyatnya.
DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel