Connect with us

Berita Lain

PH Jamin Pertahan Dasar Institusi Bumiputera: Sivarasa

PANDAN INDAH – Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan
komited mempertahankan dasar terhadap institusi Bumiputera.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa
berkata, pihaknya akan sentiasa memberi bimbangan dan sokongan yang diperlukan
oleh institusi berkenaan.
“Pada masa yang sama kita juga harus memberi perhatian
kepada masyarakat bukan Bumiputera seperti peluang pendidikan, latihan
vokasional dan sebagainya, momen kita untuk mempertahankan dan memperkukuhkan
institusi Bumiputera tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sivarasa berkata demikian menjawab tular yang memetik beliau
sebagai mengesyorkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dibuka kepada semua kaum.
“Saya tidak pernah membincangkan syor berkenaan sebagaimana
didakwa segelintir pihak sehingga tular di media sosial.
Beliau turut menafikan dakwaan cuba menukar nama MRSM kepada
Maktab Rendah Sains Malaysia.
“Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan
kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat,” katanya ketika ditemui
Sinar Harian pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail, di sini, semalam.
Menurutnya, apa yang dibincangkan ialah dasar Mara yang
sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan
Bumiputera.
“Saya difahamkan, kuota 10 peratus bukan dasar baharu,
mungkin ramai masyarakat bukan Bumiputera tidak tahu ada peluang sebegini yang
sudah ditawarkan oleh Mara,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengulas lanjut, Sivarasa tidak menolak untuk membuat
laporan ke atas blog yang didakwa turut melakukan fitnah ke atas dirinya dan
beberapa individu lain.
“Saya akan berbincang dengan beberapa pihak, sama ada saya
akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) untuk tindakan lanjut.
“Tindakan blog ini berkemungkinan ada unsur politik berniat
jahat kerana sudah dekat Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis,” katanya.
Kelmarin, tersebar satu paparan WhatsApp membabitkan seorang
‘individu’ yang dipercayai bersama dalam pertemuan Sivarasa di Ibu Pejabat
Mara, di sini.
“Dalam taklimat kepada Mara hari tu dia boleh persoalkan tak
boleh ke Mara dibuka untuk semua?” katanya dalam paparan WhatsApp berkenaan.
-Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel