Connect with us

Berita Lain

PKR Perlis Pula Tolak Penyertaan Ismail Kassim

Datuk Ismail Kassim(kiri) – Foto: FMT

Keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun
Tulang, Datuk Ismail Kassim menyertai PKR menerima tentangan keras parti itu di
Perlis selepas permohonannya menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) ditolak
kira-kira dua minggu lalu.
Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisaol Abd Rahman berkata,
Pakatan Harapan (HARAPAN) sepakat untuk tidak menerima mana-mana ADUN atau
anggota parlimen Umno, khususnya adik kepada bekas menteri besar Perlis itu.
“Kita tidak mahu ada unsur cuci kaki dengan mengambil
langkah masuk PKR. Sudah cukup negara ini dicemari dengan pelbagai salah laku
sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr
Mahathir terpaksa berhempas pulas memulihkan negara dari kekotoran yang di
tinggalkan BN.
“Kenapa baru sekarang nak keluar dari Umno? Sikap ini tidak
ubah seperti membeli “insuran perlindungan diri,” kata Fisol dalam
kenyataannya, hari ini.
Fisol pada masa sama turut mempersoalkan tindakan PKR Kedah
menerima borang keahlian tersebut .
Menurut laporan Malaysiakini, sebelum ini dijangka menyertai
PKR, hujung bulan ini selepas permohonannya untuk menyertai BERSATU ditolak.
Ismail yang sudah meninggalkan Umno hujung bulan lalu
berkata beliau mempertimbangkan untuk menyertai PKR kerana acuan parti tersebut
tidak seperti parti lamanya.
Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di
bahagian Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas
daripada pucuk pimpinan PKR negeri dan pusat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail mengesahkan pihaknya
sudah menerima permohonan daripada Ismail, namun menegaskan keputusan hanya
akan dibuat oleh biro politik parti itu.
“Saya boleh sahkah beliau sudah menghantar borang permohonan
untuk menyertai PKR menerusi PKR bahagian Pokok Sena. Sama ada keputusan itu
diterima atau tidak bergantung kepada keputusan biro politik PKR,” katanya
kepada Malaysiakini.
Sementara itu sumber dalaman biro politik PKR memaklumkan
pihaknya tidak menerima penyertaan Ismail kerana beliau mendapat mandat berbeza
dari rakyat.
“Secara prinsipnya, kita tidak menerima orang seperti mereka
(lompat) kerana mereka mendapat mandat berbeza (dari rakyat).
“Kita hormati mandat rakyat, dia tidak seharusnya
diterima,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel