Connect with us

Berita Lain

PM Kata Najib Rosakkan K’jaan, Ambil Masa Bina Semula

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama
orang ramai ketika menghadiri Majlis Makan Malam Amal Tabung Harapan Anjuran
Gabungan Persatuan Cina Klang di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. – Foto: BH Online

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri
Najib Razak ‘merosakkan’ jentera kerajaan dengan menyalahgunakannya bagi
memperkukuh rejim pemerintahannya.
Beliau berkata ramai pegawai kerajaan yang terlibat akan
dibuang dan ini akan mengambil masa untuk memulihkan kerajaan.
“Kerosakan yang dibuat (Najib Razak) kepada negara ini
lebih teruk daripada apa yang kami jangka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bukan saja wang yang dihilangkan berbillion-billion
ringgit, tetapi jentera kerajaan sudah disabotaj, sudah ditukar supaya tidak
lagi berjalan dengan baik dan terpaksalah kita ambil tindakan untuk membuang
beberapa pegawai yang terlibat dalam mempertahankan kerajaan terdahulu,”
katanya.
Dr Mahathir berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di
majlis makan malam amal Tabung Harapan, anjuran 18 Gabungan Persatuan Cina
Klang di Shah Alam, malam tadi.
Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas
pilihan raya umum pada 9 Mei.
Sejak itu, ramai pegawai utama kerajaan telah diganti,
termasuk bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali, bekas ketua Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Dzulkifli Ahmad, Gubernur Bank Negara Muhammad
Ibrahim, dan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kebanyakan pegawai ini telah meletak jawatan, sementara yang
lain seperti Apandi telah dipecat.
Dalam ucapan beliau malam tadi, Mahathir juga mengulang
pendirian Pakatan Harapan menegakkan lunas kedaulatan undang-undang.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa undang-undang
yang tidak adil dan tidak melindungi kepentingan orang ramai dan perniagaan
seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
Menurut perdana menteri, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
akan dimansuhkan.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel