Connect with us

Berita Lain

PM Thailand Minta Media Berhenti ‘Menyandiwarakan” Kenyataan Elon Musk

BANGKOK – Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha meminta media di Thailand untuk berhenti daripada terus membesar-besarkan “pertikaman lidah” antara Narongsak Ossothanakorn yang mengetuai operasi menyelamat di dalam gua Tham Luang dan usahawan angkasa Amerika, Elon Musk.
“Pertikaman lidah” itu berkisar tentang tawaran oleh Musk untuk menggunakan kapal selam mini yang dibangunkan syarikatnya dalam operasi menyelamat itu tetapi ditolak oleh Narongsak yang menyatakan alat berteknologi tinggi itu sebagai “tidak praktikal”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Alat beliau (Elon Musk) sudah pastinya berguna dalam beberapa keadaan yang lain. Di Thailand ia mungkin tidak dapat melalui beberapa laluan air yang sempit… berhenti sandiwarakannya,” kata Prayut, menurut media tempatan di sini.
Perdana menteri berkata beliau ada bertemu dengan warga Amerika itu di Chiang Rai dan berterima kasih kepadanya atas bantuan beliau.
Musk, yang juga ketua pegawai eksekutif Tesla terbang ke Chiang Rai pada Isnin malam dengan membawa kapal selam mini itu yang dibangunkan daripada bahagian roket yang dinamakan “Wild Boar”, bersempena nama pasukan bola sepak remaja lelaki terbabit.
Remaja lelaki berkenaan berumur antara 11 dan 16 tahun bersama-sama jurulatih mereka berusia 25 tahun terperangkap di dalam gua itu sejak 23 Jun. Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelam antarabangsa yang menggunakan kaedah yang telah diiktiraf sepanjang tiga hari misi menyelamat berisiko tinggi itu bermula Ahad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketika ditanya dalam sidang media pada Selasa tentang kapal selam mini Musk semasa pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar baki lima mangsa, Narongsak berkata pasukan penyelamat tidak akan menggunakannya.
“Alat yang beliau (Musk) berikan kepada kami tidak praktikal untuk misi kami. Teknologinya kompleks dan terlalu canggih, tetapi kami tidak boleh bawanya ke dalam gua untuk misi ini,” kata bekas gabenor Chiang Rai itu.
Sebagai respons kepada kenyataan Narongsak pada sidang media itu, Musk membalas dengan menyatakan bahawa bekas gabenor Thailand itu bukan pakar dalam perkara itu.
“Bekas gabenor wilayah Thailand (membuat tanggapan) tidak tepat sebagai ‘ketua penyelamat’ kerana bukan pakar dalam perkara itu,” kata warga Amerika itu dan menurutnya Dick Stanton daripada Britain yang juga peneraju bersama dalam operasi itu ialah pakar dalam isu itu.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel