Connect with us

Berita Lain

PMO Sekat Langkah Menteri ‘Lantik’ Kawan-Kawan

PETALING JAYA: Beberapa menteri nampaknya tidak mendapat
memo mengenai usaha berterusan untuk mewujudkan Kabinet kecil dan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan.
Menteri-menteri ini berusaha untuk memberi ganjaran kepada
penyokong politik mereka dengan memberikan pekerjaan walaupun cara itu
melanggar peraturan pengambilan pegawai kerajaan.
Namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) berusaha untuk
menghentikan langah tersebut.
Difahamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah
mengeluarkan surat pekeliling ke pejabat semua menteri dan timbalan menteri
sebagai peringatan, lapor mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam surat tersebut, beliau mengingatkan bahawa gaji
pegawai yang dilantik oleh menteri dan timbalan menteri mestilah selari dengan
pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikeluarkan pada 2012.
Pekeliling PMO bertujuan untuk menghentikan amalan pemberian
gaji dan melantik pekerja melebihi daripada jumlah dibenarkan dalam peraturan
tersebut, kata sumber kerajaan kepada The Star.
Difahamkan seorang menteri telah memaklumkan kepada
kementeriannya bahawa beliau mahu melantik sekurang-kurangnya enam pegawai
khas.
“Beliau beritahu pegawai-pegawai di kementeriannya
bahawa penyokongnya perlu diberikan ganjaran selepas pilihan raya umum.
“Beliau juga berkata jika kementerian tidak boleh
membayar gaji pegawai khas tersebut, agensi dibawah kementerian itu boleh
berbuat demikian.
“Namun beliau dinasihatkan supaya tidak berbuat
demikian kerana ia melanggar peraturan,” kata sumber.
Rancangan itu terbantut selepas PMO mendapat tahu
mengenainya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Terdapat juga kes seorang lelaki yang menghubungi seorang
pegawai kementerian mendakwa dia akan melapor diri sebagai pegawai khas kepada
menteri yang baharu mengangkat sumpah Isnin lalu.
Pemanggil itu juga mendakwa dia akan membawa bersama
beberapa individu untuk berkhidmat juga sebagai pegawai khas.
“Bukan menteri yang saya bimbangkan tetapi orang yang
dilantik. Saya tidak pasti di mana kementerian akan mendapatkan wang untuk
membayar mereka tetapi pastinya agensi dibawah kementerian akan diminta berbuat
demikian,” katanya.
Ketika ditanya mengenai episod terbaru, seorang pegawai PMO
menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal dan keterlaluan.
“Kita tidak mahu kembali ke hari pentadbiran terdahulu
dengan kakitangan dan gaji dibayar agensi atau GLC.
“Menteri-menteri ini harus dimaklumkan bahawa mereka
terikat dengan jumlah yang dinyatakan dalam pekeliling itu,” kata seorang
pegawai PMO.
Pekeliling PMO mengingatkan ketua kementerian pekeliling PSD
2012 mengenai jawatan dan perkhidmatan berkaitan dengan pejabat menteri dan
timbalan menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pekeliling JPA menyatakan bahawa seorang menteri hanya boleh
melantik seorang pegawai tugas-tugas khas, seorang setiausaha sulit kanan dan
seorang setiausaha akhbar, selain kakitangan sokongan.
Pegawai Gred 54 boleh memperoleh gaji maksium RM10,000
sebulan termasuk elaun.
Seorang timbalan menteri pula boleh melantik seorang
setiausaha sulit kanan, seorang setiausaha sulit dan dua kakitangan sokongan.
Namun selepas mesyuarat Kabinet pada 27 Jun lalu, Dr
Mahathir mengeluarkan surat pekeliling antara lain memaklumkan kerajaan
memutuskan bahawa seorang menteri boleh mempunyai dua pegawai tugas-tugas khas.
Tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan menamatkan kira-kira 17,000 pegawai
lantikan politik sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuannya untuk
mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
“Kami dapati terlalu banyak pegawai kontrak. Ada di
antara mereka diambil secara kontrak kerana perkhidmatan mereka diperlukan
kerajaan terdahulu tetapi ada segelintir diberi kontrak kerana alasan
politik,” kata Dr Mahathir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel