Connect with us

Berita Lain

Polis Tahan Lelaki Hantar Pesanan Berbaur Ugutan Kepada Maszlee

PUTRAJAYA: Seorang peniaga peralatan perubatan telah ditahan
polis semalam selepas menghantar mesej berunsur ugutan dan maki hamun kepada
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan
berkata, lelaki berumur 40 tahun itu ditahan selepas diambil keterangan di Ibu
Pejabat Polis Putrajaya semalam.
“Kelmarin, pada kira-kira pukul 6.30 petang, Menteri
Pendidikan telah menerima mesej yang didapati ada unsur ugutan di pejabatnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan telah dijalankan dan pada kira-kira pukul 11 pagi
semalam, kita telah menangkap seorang lelaki bagi tujuan siasatan di bawah
Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta dirampas telefon bimbit miliknya,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ujar Rosly, lelaki berkenaan dikenakan tahanan reman selama
sehari bagi membantu siasatan kes tersebut.
Difahamkan, mesej berbaur ugutan dan maki hamun itu adalah
berkaitan kenyataan Maszlee yang seolah-olah merendah-rendahkan penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam sebuah klip video yang tular baru-baru
ini.
Laporan polis telah dibuat oleh salah seorang setiausaha
kepada Menteri Pendidikan terhadap mesej ugutan itu berikutan bimbangkan
keselamatannya dan keluarganya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Difahamkan, antara kata-kata kesat yang dihamburkan kepada
Maszlee ialah menteri barua, jangan biadap dengan Melayu dan jangan memperlekehkan
penerima BR1M.
– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel