Connect with us

Berita Lain

RM485 juta aset skim kewangan haram dibekukan



KUALA LUMPUR – Sejumlah aset melebihi RM485 juta dibekukan berdasarkan enam operasi serbuan oleh lapan agensi penguatkuasaan ke atas skim kewangan haram sejak Mei 2017.


Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, susulan daripada sebuan itu sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ia termasuklah siasatan ke atas kesalahan pengubahan wang haram dan sejumlah aset melebihi RM485 juta juga telah dibekukan,” katanya.


Menurut beliau, bagi Bank Negara Malaysia (BNM), kertas siasatan ke atas syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan skim kewangan haram telah dibuka atas kesalahan skim pengambilan deposit secara haram.


“Ia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Bafia).


“Sehingga kini lebih dari RM550 juta telah dirampas daripada skim-skim kewangan haram melalui tindakan penguatkuasaan yang diambil daripada 38 pendakwaan sejak 2000,” katanya.


Katanya, agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Mesyuarat Sub Jawatankuasa berkenaan Kesalahan Berkaitan Penipuan Kewangan dan Scam (SCOFFS) telah membincangkan mengenai keperluan untuk mencadangkan kepada kerajaan strategi dan pendekatan bagi mendapatkan hasil penyiasatan yang lebih berkesan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Ini bertujuan untuk meneliti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ke atas tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi berasingan di bawah perundangan yang berbeza.


“Maklum balas daripada setiap agensi akan diambil kira sebelum cadangan ini dimuktamadkan oleh pihak kerajaan, “ katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel