Connect with us

Berita Lain

Sah mayat wanita dikerat enam

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap bagasi yang mengandungi anggota badan yang dikerat dalam dua bagasi berasingan di tebing Sungai Gombak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO NSTP



POLIS mengesahkan mayat yang ditemui di dalam dua beg di Jalan Ipoh, semalam adalah mayat wanita yang dikerat enam bahagian.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil bedah siasat kelmarin mendapati mayat wanita berkenaan tiada parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Polis sudah mengambil kulit tapak tangan dan jari mangsa bagi mendapatkan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa.


“Mayat mangsa ditemui dalam dua beg berbeza dengan jarak 20 meter dan dibalut dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama dibalut dengan plastik hitam kemudian cadar dan plastik berwarna hitam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, disini, hari ini.


Mazlan berkata, mangsa dipercayai sudah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dilakukan.


“Siasatan juga mendapati wanita yang melaporkan kejadian adalah gelandangan yang berada di lokasi beg pakaian ditemui.


“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi awam yang berada berhampiran lokasi. Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) bagi mengenalpasti suspek,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, pihaknya percaya mangsa dibunuh ditempat lain sebelum dibuang ke sungai berkenaan.


“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kanan kes ASP Faizal Abdullah di talian 012-4834439.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel