Connect with us

Berita Lain

Saksi Terakhir Kes Bunuh Kevin Beri Keterangan


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa
Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi di sini akan
berakhir tidak lama lagi apabila saksi pembelaan terakhir, S Ravi Chandaran,
47, memberi keterangan membela diri hari ini.
Semalam menyaksikan tertuduh keenam, S Nimalan, 25 memberi
keterangan dengan mendakwa pernah disuruh oleh pegawai penjara untuk mengaku
bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Prosiding membela diri membabitkan semua tertuduh itu sudah
berlangsung selama 14 hari dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah Nimalan, Ravi
Chandaran, bersama R Dinishwaran, 26, A.K Thinesh Kumar, 25 dan M Vishwanath,
28, didakwa bersama-sama Dr R Kunaseegaran, 55, didakwa membunuh Kevin dalam
perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No 1 Jalan
USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September
2015.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pagi ini juga, keputusan representasi seramai 11 etnik
Uighur China akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mereka sebelum ini mengemukakan representasi kepada Pejabat
Peguam Negara bagi mengkaji semula tuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen
sah yang dihadapi mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kes didengar dihadapan Majistret Wong Chai Sia sebelum ini
sudah menetapkan tarikh hari ini sebagai pengurusan kes lanjut bagi mengetahui
perkembangan representasi itu. Semua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret
pada 24 April lalu dan mengikut pertuduhan, mereka sebagai warga negara asing
didakwa masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.
Tertuduh, Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman
Abbas, Alim Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad,
Abdul Kader dan Yusof Ahmed berusia 20 hingga 40 tahun.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Balai
Polis Sentul, jam 10.50 pagi, 31 Januari lalu.
Pertuduhan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 6(1)(c)
Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3)
akta sama.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel