Connect with us

Berita Lain

Sepanduk BN diturunkan, Lokman Adam pertikai SPR


KLANG, 30 Julai — Calon BN bagi kerusi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam
mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan sepanduk
kempen parti itu diturunkan secepat mungkin hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR
pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan menimbulkan
‘rasa kurang selesa’ kepada orang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semasa kempen PRU14, kerajaan sebelum ini tidak pernah
mengarahkan jentera PH menurunkan sepanduk mereka yang memaparkan manifesto
gabungan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas jelajah kempennya di
Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.
Maka kali ini, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan
mencabut atau menanggalkan mana-mana sepanduk kempen BN kerana ia jelas tidak
memutarbelitkan fakta mahupun mempunyai unsur fitnah kepada kerajaan baharu.
Lokman Noor dalam pada itu menggesa SPR mengeluarkan surat
rasmi berhubung arahan tersebut secepat mungkin atau pihaknya akan membawa
perkara tersebut ke mahkamah.
“Sepanduk BN bukan banyak pun, poster saya pun saya tak
buat. PH ada majoriti sekitar 12,000 undi (pada PRU14) jadi kenapa nak takut
dengan kami dan kenapa perkara seperti ini mahu dijadikan isu. Kami cuma cakap undilah
BN jika mahu PH tunaikan janji, itu saja,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada PRK DUN Sungai Kandis, Sabtu ini, Lokman Noor akan
berdepan dua pencabarnya iaitu calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon
Bebas, K. Murthy.
Ia merupakan PRK pertama selepas PRU14, yang diadakan
berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei akibat
kanser limfoma pada 2 Julai lalu. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel