Connect with us

Berita Lain

Siasatan 1MDB: Najib Saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Syukri Abdull
dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar
Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte
(sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas
menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan
ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak
sah dan memprejudiskannya selain memohon kos serta perintah lain yang sesuai
oleh mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd. Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan
saman pemula itu hari ini.
Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu,
Najib mendakwa Thomas semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara telah menulis
sebuah artikel bertajuk ‘Grand Lacerny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan
bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri ketika itu
adalah wang 1MDB.
Najib mendakwa pendirian Thomas melalui artikel itu jelas
tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Peguam Negara akan
mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan
sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.
– Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel