Connect with us

Berita Lain

Sim Bidas Akhbar Sengaja Mahu Laga-Lagakan DAP Dan PPBM

BUKIT MERTAJAM — Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven
Sim Chee Keong hari ini membidas sebuah akhbar berbahasa Melayu kerana
menyiarkan tajuk berita yang disifatkannya 
mahu melaga-lagakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) berhubung
cadangan had umur layak mengundi.
Wakil rakyat DAP itu berkata akhbar tersebut seolah-olah
sengaja mahu mencetuskan provokasi kerana tajuk berita adalah bercanggah dengan
kandungan laporannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tajuk laporan berita yang bertarikh semalam (7 Julai)
itu menyatakan bahawa PPBM dan DAP tidak sehaluan berhubung isu had umur
pengundi sedangkan dalam temu bual pada sidang media sebelumnya (6 Julai)  saya menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap
cadangan saudara Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).
“Apabila  baca
berita penuh di muka surat enam, kandungan beritanya tidak menunjukkan bahawa
DAP dan PPBM ini tidak sehaluan. Jadi, apa tujuannya?,” katanya yang turut
menunjukkan rakaman video temu bualnya 
bersama  wartawan berhubung isu
berkenaan, di sini hari ini.
Pada 5 Julai, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan
dilaporkan mencadangkan agar had umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun
berbanding 21 tahun sekarang.
Ketua Pemuda PPBM itu juga dilaporkan berkata cadangan itu mampu
dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-15.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketika diminta mengulas cadangan Syed Saddiq keesokannya,
Sim dilaporkan  berkata usul itu boleh
dilaksanakan namun memerlukan masa.
Mengulas lanjut perkara berkenaan hari ini, Sim menegaskan
beliau menyokong penuh  cadangan
“bosnya”  itu.
Usul itu memerlukan masa untuk dilaksanakan, namun ini
adalah cabaran kepada kerajaan pimpinan PH, katanya.
Sehubungan itu Sim menasihati akhbar berkenaan agar
mengamalkan kebebasan media secara berhemah.
“Kepada  mereka,
jadilah  pembangkang yang
bertanggungjawab. Sesungguhnya Malaysia Baharu ini mengalu-alukan kebebasan
media tetapi bukan kebebasan dalam menyebarkan fitnah,” katanya yang mahu
rakyat menilai sendiri kredibiliti akhbar berkenaan.        
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel