Connect with us

Berita Lain

SPRM: Kita Tak Kira Bulu, Kes ‘Cincin’ Pun Kita Siasat


Apabila SPRM menyelesaikan sesuatu siasatan, ia akan
diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara yang akan menentukan jika terdapat
alasan mencukupi bagi tindakan selanjutnya.
Berdasarkan peruntukan ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil mempertahankan badan itu
pada suatu majlis forum di Putrajaya hari ini.
Ini selepas hadirin bertanyakan mengenai kebebasan SPRM
dalam kes-kes melibatkan ahli politik dan indvidu berprofil tinggi.
Memetik laporan Malaysiakini, Shamsun mendedahkan SPRM juga
menyiasat kes ‘cincin’ tetapi enggan menjelaskan butiran terperinci ketika
ditemui kemudian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dari segi siasatan kita tak kira bulu. Kita akan
siasat semua. 
Sebab dalam kes cincin itu pun kita siasat.
“Cuma keputusan sama ada nak dakwa atau tidak itu
terserah kepada Peguam Negara (AG),” kata beliau lagi.
‘Bukan beli, tapi tontonan peribadi’
“Sebenarnya isu dia adalah isu pendakwaan, kalau
siasatan lama dah (kita) siasatnya.
“Bukan tak ada ahli politik lain yang disiasat, cuma
bila kita nak dakwa atau tidak dakwa itu kira bukan bidang kuasa SPRM.
“Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta SPRM 2009,
hanya Peguam Negara (AG) sahaja yang ada kuasa untuk memulakan satu-satu kes
pendakwaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sama juga bawah akta juga, sebelum kita menuduh kita perlu
dapat izin daripada Pendakwa Raya Awam (PP), yang mana PP dan AG merupakan
orang yang sama dalam sistem keadilan jenayah kita,” jelas beliau lagi.
Walaupun pegawai kanan SPRM itu enggan mendedahkan lebih
lanjut mengenai siasatan itu, ia mungkin berkaitan dengan tuduhan terhadap
Rosmah Mansor, bekas isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah
membeli cincin berlian bernilai RM24 juta menggunakan dana awam.

Rosmah berkata cincin itu hanya untuk tujuan tontonan
peribadi sahaja.
Pada April 2013, pengarah perhiasan yang berpangkalan di
Amerika Syarikat, Jacob & Co, Philip Nassimi berkata cincin berlian
bergelang kelas mewah 30.11 – karat berwarna biru itu hanya untuk tujuan
tontonan peribadi oleh Maira Nazarbayev.
Nazarbayez ialah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang
merupakan suami kepada anak Rosmah, Nooryana Najwa.
“Cincin itu tidak dibeli oleh Rosmah atau pun Maira
Nazarbayev,” jelas Philip dilaporkan berkata demikian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel