Connect with us

Berita Lain

SPRM tahan dua Penolong Pengarah BTN



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu melibatkan wang berjumlah kira-kira RM600,000, hari ini.


Kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 dan 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di BTN Sarawak namun kini telah berpindah ke jabatan lain serta bersara.


Menurut sumber, mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.


Katanya, jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.


Sumber itu berkata, kesemua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada tahun 2016 dan kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang pilih oleh mereka.


“Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmatan atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit kepada pihak BTN adalah tidak wujud atau tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut,” katanya.


Difahamkan, kelima-lima suspek yang mempunyai kawalan ke atas akaun BTN telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berhubung pembayaran yang dibuat itu.


Katanya, kelima-lima suspek ditahan bagi membantu siasatan awal mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Permohonan reman kesemua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Kuching esok.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel