Connect with us

Berita Lain

SST: Peniaga Jangan Cuba Naikan Harga


KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap peniaga ingkar
yang didapati menaikkan harga susulan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) pada September.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata; “kita serahkan aspek
itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
untuk menjalankan penguatkuasaan dan tindakan yang sesuai terhadap sikap tidak
wajar dan anti-nasional ini”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan
tengah hari Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM)
di sini, hari ini.
Selain itu, Lim berkata, cukai korporat tidak dapat
dikurangkan pada tempoh terdekat, sedangkan hutang negara kekal tinggi.
“Pada pandangan peribadi saya, kita perlu mengurangkan cukai
supaya dapat menjadikan Malaysia lebih menarik. Lihat negara lain, mereka juga
menuju ke arah aliran ini. Perkara ini (mengurangkan cukai) tidak mungkin
dijalankan dalam tempoh terdekat disebabkan skandal 1MDB. Kita perlu memulihkan
dahulu kewangan negara,” katanya.
Semalam semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di persidangan
Dewan Rakyat, Lim membuat kenyataan bahawa SST hanya akan merangkumi 38 peratus
daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus
mengikut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, dengan melaksanakan SST yang telah ditambah
baik kerajaan dapat ‘mengembalikan’ jumlah kutipan cukai kira-kira RM23 bilion
kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya mereka yang
terkesan ekoran kos sara hidup tinggi.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel