Connect with us

Berita Lain

Swasta Disaran Kempen, Sumbang Kepada Tabung Harapan – Amiruddin

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin
Hamzah menyeru lebih banyak lagi pihak swasta menyumbang kepada Tabung Harapan
Malaysia yang mnnyemai semangat cintakan negara menjelang Hari Kebangsaan dan
Hari Malaysia tidak lama lagi.
Amiruddin berkata inisiatif yang dilakukan syarikat
pelancongan dalam talian, Traveloka Malaysia dengan memberi pilihan kepada
rakyat Malaysia untuk menyumbang sebanyak RM1 sahaja apabila mereka menempah
sama ada tiket penerbangan atau bilik hotel menerusi laman web https://www.traveloka.com/.
sangat dialu-alukan.
“Sumbangan derma ini adalah sukarela, pelanggan Traveloka
hanya perlu memilih kod ‘MyHarapan’ apabila melakukan tempahan menerusi
Traveloka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kempen derma tabung itu juga ini menyemai semangat
patriotik rakyat kepada negara menjelang sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia pada bulan Ogos dan September depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Derma
Traveloka untuk Tabung Harapan Malaysia – ‘Share Your Love for Malaysia’, di
sini hari ini.
Kempen derma Traveloka Malaysia itu akan berlangsung dari 16
Julai sehingga 30 September depan.
Pada 24 Mei lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata
hutang negara mencecah RM1 trilion setakat 31 Disember 2017 termasuk hutang
kerajaan Persekutuan sebanyak RM686.8 bilion serta RM199.1 bilion membabitkan
jaminan yang perlu dilunaskan kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Amiruddin berkata rakyat Malaysia patut mencontohi apa yang
dilakukan rakyat Korea Selatan pada tahun 1998 apabila mereka berbekalkan
semangat patriotik yang tinggi menderma barangan berharga kepada kerajaan
sehingga berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk keluar dari krisis
kewangan yang buruk yang dihadapi negara tersebut.
“Saya yakin Malaysia juga dapat menyelesaikan hutangnya sama
seperti Korea Selatan kerana kutipan Tabung Harapan Malaysia setakat ini
berjumlah RM146,861,586.02 setakat pukul 3 petang, hari ini. Justeru, saya
menyeru syarikat swasta bersama-sama membantu kerajaan dalam mengerakkan kempen
Tabung Harapan Malaysia ini,” katanya.
Kerajaan memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam
memastikan hutang negara ini dapat dilangsaikan sepenuhnya dan seterusnya
meningkatkan prestasi ekonomi negara pada masa depan, kata Amiruddin.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel