Connect with us

Berita Lain

Tahan Najib perlu ikut prosedur



KUALA LUMPUR – Serbuan atau tangkapan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bergantung kepada siasatan serta keperluan kerana ianya harus melalui prosedur yang ditetapkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, peraturan harus dipatuhi sebelum melakukan tindakan seterusnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita semua bergantung pada siasatan dan keperluan, kita bukan boleh serbu atau tahan sembarangan, kita mesti ikut peraturan.


“Ketika ini, yang dituduh semua atas siasatan SPRM. Polis akan terus bekerjasama dengan badan ditetapkan dan secara dalaman pihak PDRM akan teruskan proses siasatan kerana kita juga kalau boleh hendak cepat,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.


Jelasnya, apabila proses ini lengkap, pihaknya akan merujuk kertas siasatan ke timbalan pendakwa raya sebelum menunggu arahan selanjutnya.


Beliau berkata demikian susulan pertanyaan sama ada akan ada serbuan dan tangkapan dibuat polis terhadap bekas pemimpin nombor satu negara itu selepas SPRM bertindak demikian.


Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ahli Parlimen Pekan itu meminta dibicarakan selepas empat pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak.


Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk semua pertuduhan, di mana RM500,000 dibayar hari ini dan baki sebelum 3 petang Isnin depan, bersama dua penjamin.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel