Connect with us

Berita Lain

Tarikh Perbicaraan Najib Belum Ditetapkan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengesahkan tarikh
perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya
akan ditentukan selepas sebutan semula kes tersebut pada 8 Ogos nanti di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan dikeluarkan jabatan itu, hari ini, tarikh
perbicaraan melibatkan kes kolar putih berprofil tinggi itu memerlukan pihak
Pendakwaraya menyediakan banyak dokumen dan agak  mustahil tarikh perbicaraan boleh ditetapkan
pada hari sama tertuduh didakwa, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut kenyataan itu lagi, Pendakwaraya bercadang untuk
memohon tarikh perbicaraan kes melibatkan Najib dan SRC International Sdn Bhd
itu ditetapkan pada November tahun ini.
“Mahkamah Tinggi masih belum menetapkan tarikh perbicaraan,
hanya mencadangkan tarikh difikirkan sesuai untuk bicara kes tersebut. Mahkamah
Tinggi juga menegaskan tarikh bicara hanya akan ditentukan selepas sebutan
semula pada 8 Ogos 2018.
“Untuk kes kolar putih seperti ini, tarikh perbicaraan agak
jarang ditetapkan pada hari yang sama tertuduh didakwa. Pendakwaraya juga belum
dapat menyediakan dokumen berkaitan apabila tertuduh buat pertama kalinya
tampil ke mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dokumen-dokumen berkaitan akan diserahkan kepada Peguam
Bela sebelum perbicaraan dimulakan,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan
Pendakwaraya akan terus membantah permohonan ‘gag order’ yang dikemukakan
Peguam Bela diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel