Connect with us

Berita Lain

Tengku Puan Pahang Kecewa Akaun Bank TAFF


BENTONG – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah
Iskandariah kecewa apabila Bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) yang
diasaskan baginda pada 2004 telah dibekukan tanpa sebarang alasan dan
pemberitahuan.
Tunku Azizah menerusi akaun Twitter rasminya Cheminahsayang
hari ini bertitah, pihaknya menyedari akaun HSBC yayasan berkenaan dibekukan
selepas cek dikeluarkannya dikembalikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Titah baginda, walaupun percaya kepada ketelusan dan
akauntabiliti, namun mempersoalkan akaun itu dibekukan, yang disifatkan sebagai
tidak adil kerana tidak dimaklumkan mengenainya.
“TAFF bergantung sepenuhnya kepada penjualan buku masakan
dan derma.  Kami tiada (sumber) duit pada
masa ini dan tidak dapat menaja rawatan. Anda semua dialu-alukan untuk menyemak
akaun kami yang sudah diaudit.
“Siapa arahkan akaun TAFF dibekukan? Saya tidak marah tetapi
sekurang-kurangnya maklumkan dan bagi tahu mengapa.
“Tiada apa yang kami hendak sembunyikan, kami membantu
mereka yang tidak mempunyai anak untuk merealisasikan impian mereka
(mendapatkan anak menerusi rawatan), mengapa? mengapa? mengapa?, titah baginda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Baginda bertitah, HSBC pada Disember lalu ada menulis dan
memintanya mengisytiharkan aset ahli jawatankuasa.
“Tetapi saya terlupa untuk menjawabnya dan mereka
(bank) membekukan akaun saya pada Jun,” titah baginda menerusi Twitter.
Tunku Azizah bertitah, tindakan membekukan akaun itu berlaku
ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan akta SPRM
membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB.



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel