Connect with us

Berita Lain

‘Tiada Hutang Baharu RM22 Bilion’

KUALA LUMPUR – Tiada hutang baharu yang dibuat kerajaan PH
setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Ahmad Maslan
(BN-Pontian) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam soalannya, Ahmad ingin tahu sama ada benar atau tidak
kerajaan telah membuat hutang baharu sebanyak RM22 bilion mengikut maklumat
dikeluarkan Bank Negara.
“RM22 bilion hutang baru oleh kerajaan baharu, saya minta
ini diberi tempoh. Ini kerana setahu saya tiada hutang baharu yang dibuat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Melainkan melihat angka ditinggalkan kepada kita untuk kita
pastikan ia dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan tidak jejaskan peruntukan
dalam bidang pendidikan, kesihatan dan lain-lain,” kata Amiruddin.
Dalam pada itu, Amiruddin turut mempertahankan penubuhan
Tabung Harapan Malaysia yang bertujuan membantu kerajaan melangsaikan hutang.
“Untuk makluman Pontian, idea sumbangan tabung ini datang
daripada rakyat. Seorang rakyat jumpa di pejabat Perdana Menteri membawa dua
keping RM50 untuk menyumbang bagi mengurangkan hutang negara.
“Lepas itu ramai rakyat sukarela beri sumbangan kepada
kerajaan. Jadi untuk pastikan tiada pihak ambil kesempatan terhadap sikap
patriotik rakyat maka kita tubuh tabung ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang)
mengenai tempoh tamat kutipan Tabung Harapan Malaysia, Amiruddin berkata,
kerajaan tidak menetapkan sebarang tempoh.
“Sehingga kini kerajaan belum tetapkan bila kita nak hadkan
tempoh penerimaan tabung ini.
“Buat masa ini masih ramai dan tiap-tiap hari kita masih
dapat sumbangan orang ramai yang bukan saja dalam negara tapi luar negara juga
melebihi RM10 juta,” katanya.
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel