Connect with us

Berita Lain

Tiga disiasat SPRM bebas dengan jaminan



Kota Kinabalu: Tiga individu termasuk seorang pengarah jabatan kerajaan negeri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah laku berhubung penyelenggaraan kapal dibebaskan semalam.


Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengarah jabatan yang berusia 46 tahun dan dua lagi pengarah syarikat kontraktor masing-masing berusia 42 dan 54 tahun itu ditahan di pejabat SPRM dan kediaman mereka di sekitar Kota Kinabalu sejak 16 Julai lalu.


Seorang lagi pengarah syarikat kontraktor yang turut ditahan pada hari sama sudah dibebaskan pada Ahad lalu.


Keempat-empat mereka itu direman pada 17 Julai lalu bagi membantu siasatan sekiranya wujud unsur rasuah atau sebaliknya berkaitan penyelenggaraan kapal yang berlabuh di Sabah sepanjang 2016 hingga tahun ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pegawai SPRM turut melakukan pencarian dokumen di kediaman mereka ketika siasatan dilakukan.


Semua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi atau menerima suapan oleh ejen.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel