Connect with us

Berita Lain

Tun M Dan Jemaah Menteri Bertemu SPRM

Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: FMT

SUNGAI MANIK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
barisan Jemaah Menteri akan membuat perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa depan.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin
Ayub berkata semua Jemaah Menteri termasuk setiausaha politik mereka telah
dimaklumkan mengenai perjumpaan bersama SPRM itu bagi satu sesi taklimat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
berkata sesi taklimat berkaitan pencegahan rasuah itu akan bermula pada jam
9.30 pagi.
Salahuddin Ayub

“Taklimat ini bukan taklimat biasa-biasa. Ianya adalah
agenda yang menjurus bukan sekadar peringatan untuk tidak terlibat dengan
rasuah tetapi juga memberikan kami (menteri-menteri) kuasa untuk memerangi
amalan rasuah.
“Sebolehnya, kami akan memerangi amalan rasuah itu
hingga ke peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap di Majlis Dialog bersama
Peladang, Penternak dan Nelayan Pasir Salak di Arena Square Chenderong Balai,
di sini pada petang Ahad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jelasnya, Dr Mahathir juga sentiasa mengingatkan
menteri-menteri dalam Mesyuarat Kabinet untuk menjadi lebih berani di dalam
tindak-tanduk bagi memastikan kementerian masing-masing bersih daripada amalan
rasuah.
Menurut Salahuddin, Jemaah Menteri juga turut diingatkan
supaya memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mewujudkan sebarang ciri-ciri
dan amalan rasuah.

– Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel