Connect with us

Berita Lain

Tun M hadir majlis perkahwinan cucu Leo Moggie

DR Mahathir tiba untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu kepada Leo Moggie di Cove 55, Santubong, hari ini. FOTO Nadim Bokhari.



TUN Dr Mahathir Mohamad tiba di pusat peranginan ekslusif di Santubong bagi menghadiri majlis perkahwinan cucu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie Irok, hari ini.


Ini lawatan pertama Perdana Menteri ke Sarawak selepas dilantik buat kali kedua bagi jawatan tertinggi kerajaan itu, sejurus Pakatan Harapan (PH) pimpinannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Perdana Menteri tiba pada 11.08 pagi sambil ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.


Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan membuat liputan lanjut bagi menghormati privasi ahli keluarga berkenaan.


Hubungan Dr Mahathir dan Leo bukan sahaja sebagai rakan karib sejak sekian lama, malah Leo sendiri pernah dilantik sebagai menganggotai Kabinet Persekutuan selama 15 tahun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada kali pertama.


Beliau dijadual mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 8 pagi esok sebelum berlepas pulang ke ibu negara.


Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan agenda memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang ketika ini dikuasai entiti parti politik berbeza.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Malah, pertemuan itu bagi meneliti perkembangan proses perundingan hak dan keistimewaan negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan usaha berkenaan dipelopori bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.


Ia dikatakan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung kemelut PETRONAS – Sarawak mengenai hak perlombongan minyak serta gas di negeri ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel