Connect with us

Berita Lain

Tun M: Pengurusan Polisi Tidak Cekap Punca Proton Gagal

KUALA LUMPUR – Punca kegagalan Proton membuat keuntungan adalah
disebabkan oleh pengurusan polisi yang kurang cekap.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar yang
tidak memberi kelebihan kepada kereta tempatan menyukarkan Proton untuk
menguasai pasaran automotif.
“Dahulu Proton berjaya dalam pasaran Malaysia dan juga luar
negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun, oleh kerana pemerintahan yang kurang cekap dan tidak
tahu dengan kehendak industri, ini yang menyebabkan prestasi Proton merosot,”
katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
(BN-Ayer Hitam), hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Mahathir berkata tindakan kerajaan terdahulu yang telah
membenarkan segala kereta import masuk ke negara ini tanpa sebarang syarat
menyukarkan Proton untuk menandingi syarikat-syarikat automotif besar dari
negara luar.
“Apabila syarikat-syarikat gergasi ini memasuki pasaran,
sudah pasti sukar untuk Proton menandingi produk keluaran mereka.
“Sedangkan Proton sendiri tidak mampu untuk menembusi
pasaran luar negara memandangkan syarat-syarat yang dikenakan negara luar
terlalu besar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga sedang
mempertimbangkan semula Dasar Automatif Nasional bagi memastikan industri
automatif tempatan kekal kompetitif.
“Kajian ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan
pembangunan industri automatif tempatan termasuk projek kereta nasional baharu,
pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dan sebagainya.
“Kerajaan juga terbuka ke atas mana-mana cadangan hal
perlaksanaan projek kereta nasional baharu termasuk cadangan untuk bekerjasama
dengan negara lain,” katanya.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel