Connect with us

Berita Lain

Tun M: ‘Saya khatam Al-Quran Ketika Kecil’

Menceritakan kisah hidupnya, Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad berkata, beliau khatam membaca al-Quran ketika umurnya masih
kecil, namun keinginan memahami isu kandungan al-Quran mendorongnya mencari
makna kitab itu ketika usianya menginjak dewasa.
Menurutnya, beliau kemudian membaca al-Quran dalam bahasa
mudah difahaminya iaitu bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengelakkan beliau
salah mentafsir kandungan kitab suci umat Islam itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya khatam masa saya kecil dalam bahasa Arab, saya tak
faham. Bila dewasa, saya nak tahu lebih lanjut tapi kalau saya tanya orang yang
mungkin fasih dalam bahasa Arab, pendapat mereka selalunya berlainan.
“Malah mereka larang kita cuba fahami isi al-Quran, cuma
terima apa mereka katakan. Walaupun itu nasihat mereka, saya tetap baca
al-Quran dalam bahasa yang saya faham, bahasa Melayu dan Inggeris. Bila baca
sendiri, jarang terdapat kelainan tafsiran atau terjemahan. Biasanya semua
edisi al-Quran tu sama,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian,
di pejabatnya, semalam.

Mengakui manusia sentiasa mempunyai ‘kecacatannya’,
Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau cuba mengikut segala ajaran Islam dalam
al-Quran namun mengakui manusia tidak begitu sempurna.
“Saya manusia, manusia tak pernah tak cacat tapi saya cuba
amalkan ajaran Islam dalam al-Quran. Tak jadi masalah kalau kita balik kepada
al-Quran, banyak panduan ada di dalamnya. Kita akan jadi manusia berjaya, kita
dapat selamatkan agama kita, selamatkan umat Islam dan negara mereka,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir turut menyarankan sistem pendidikan negara
menyemai ajaran Islam kepada anak-anak supaya mereka memiliki nilai hidup dan
cara Islam.
Selain sekolah, katanya, ibu bapa juga perlu memainkan
peranan, namun mungkin kerana kesibukan bekerja, mereka kurang memberi
perhatian.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr
Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah
dan Ketua Unit Penerbitan al-Quran dan Pengurus Hal Ehwal Agama Karangkraf,
Ahmad Yani Abd Manaf.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel