Connect with us

Berita Lain

Ugut cerai jika keluar mengundi

Penduduk wanita di Mohri Pur terpaksa mematuhi larangan mengundi yang dikuatkuasakan pemimpin mereka sejak beberapa dekad lalu.



ISLAMABAD – PAKISTAN. Golongan wanita yang berikrar untuk mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Pakistan, semalam gagal menunaikan tanggungjawab mereka kerana takut dengan ugutan suami masing-masing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sebelum ini, pemimpin di perkampungan Mohri Pur terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Multan, wilayah Punjab melarang wanita membuang undi dan peraturan itu telah dipatuhi sejak beberapa dekad lalu.


Bagaimanapun, mereka nekad mahu melanggar peraturan itu susulan perubahan dalam undang-undang pilihan raya di negara itu.


Kira-kira 3,200 wanita disenaraikan dalam daftar pemilih di Mohri Pur, namun tiada siapa keluar mengundi.


“Suami kami mengugut akan menceraikan kami jika membuang undi,” kata Tanya Bibi, 25.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Difahamkan, kira-kira 8,000 penduduk lelaki mendaftar untuk mengundi pada kali ini.


“Wanita dilarang membuang undi dan ia adalah tradisi lama yang akan terus dipelihara,” jelas Muhammad Shamsher. – AFP

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel