Connect with us

Berita Lain

Zahid Habiskan Masa Hampir 9 Jam Beri Keterangan Di SPRM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai beri keterangan petang tadi di pejabat SPRM – Foto: Kosmo

PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berharap keterangan yang beliau berikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk
Seri Najib Tun Razak, diharap dapat digunakan untuk merungkai perkara yang
menjadi persepsi negatif sekian lama.
Bercakap kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan
selama hampir sembilan jam, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana
Menteri berkata, beliau dipanggil SPRM berhubung kenyataan kepada media pada
2015 yang beliau telah berjumpa dengan wakil Raja Arab Saudi, dan mendapat
pengesahan bahawa dana itu memang diberikan kepada Najib pada ketika itu, menurut laporan Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid sewaktu itu berkata dalam pertemuan itu, wakil
keluarga terbabit menjelaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima
dana berkenaan, sebaliknya, keluarga berkenaan memaklumkan turut memberikan
dana kepada negara lain.
“Kenyataan yang saya buat ketika saya bertemu dengan wakil
keluarga Raja Saudi, jadi mereka perlukan detail kerana maklumat itu cuma
diperolehi dari media. Saya ucapkan terima kasih kepada SPRM kerana cukup
profesional, dan berikan ruang secukupnya untuk saya berikan penjelasan.
“Saya amat yakin bahawa isu berkaitan dengan soal yang
selama ini menjadi persepsi kepada rakyat dapat dirungkaikan SPRM dalam waktu
yang terdekat,” ujarnya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya mengapa pada 2015 beliau mengatakan SPRM tidak
mengesan sebarang salah laku berhubung pemberian dana itu, Ahmad Zahid
menegaskan, keterangan yang diberikan hari ini lebih kepada perincian
perjumpaannya dengan wakil kerajaan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan kembali ke
SPRM esok untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana
Yayasan Akal Budi, yang dikatakan ada hubungkait dengan beliau.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel