Connect with us

Berita Lain

Zahid Tidak Termasuk Dalam Sekatan Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi tidak disekat oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara
setakat ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata
nama Ahmad Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan.
“Saya sudah menyemak perkara ini dengan Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiada arahan
untuk menyenaraihitamkan nama beliau daripada ke luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Op
Mega 3.0 di sekitar Lebuh Pudu di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, akhbar tempatan melaporkan seorang pemimpin
tertinggi UMNO yang juga bekas menteri kanan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun
Razak akan dipanggil dalam tempoh terdekat berhubung kes penyelewengan wang
milik sebuah yayasan.
Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini
dan mendapati seorang daripada pemimpin tinggi UMNO menyalahgunakan wang sebuah
yayasan yang beliau menjadi pengerusi dan disyaki menggunakan lebih RM800,000
dana yayasan itu untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri.
SPRM dikatakan berjaya mengesan beberapa dokumen yang
mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.
Sementara itu, Op Mega 3.0 yang dilaksanakan Imigresen di
sekitar ibu negara bermula tengah malam tadi (semalam), menahan 229 pendatang
asing tanpa izin (PATI) daripada 1,672 yang diperiksa.
Mustafar berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara
lanjutan penamatan program rehiring pada tengah malam tadi (semalam).
“Kami akan menjalankan gerak gempur operasi secara
menyeluruh bagi memburu PATI dan majikan yang masih berdegil untuk mengambil
pekerja yang sah melalui program rehiring yang telah disediakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Langkah tegas ini perlu diambil bagi mengatasi masalah
lambakan PATI di negara ini,” katanya.
Beliau berkata 19,969 PATI daripada pelbagai warganegara di
seluruh negara ditahan sejak 1 Jan sehingga semalam.
Daripada jumlah itu, pihaknya mengenakan tindakan
undang-undang terhadap 536 majikan yang menggaji PATI dan 9,854 PATI didakwa
sehingga semalam manakala selebihnya akan didakwa dalam masa terdekat.
Katanya warga Indonesia adalah tangkapan yang paling tinggi,
seramai 6,871 individu daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan.
Ia diikuti warganegara Bangladesh seramai 3,935 orang,
rakyat Filipina 2,011 dan warganegara Myanmar 1,990 orang.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak
dalam memastikan majikan dan pekerja mematuhi undang-undang negara,” katanya.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel